Friday, January 1, 2010

SDSI exhibition...

Salam...

Alahamdulillah aku masih mampu bernafas didunia ini.. Sudah lama aku xbuka internet... akhirnya.. berjya gak.. hehe... Pada 16Dis 09- 22 Dis09 , aku telah ke Kuala Lumpur mambantu opah (nenek) aku membuat demonstrasi tekatan benang emas di Pusat Krftgn Jln Conlay KL.. Telah byk yg aku pelajari dan benda ini byk menyedarkan aku...

Aku sedar bahawa kita tak boleh berbangga sgt dgn apa yg kita ada sekarang. Pelajaran yg kita belajar di sekolah atau di universiti sebenarnya tidak cukup untuk kita menempuhi keadaan di luar nanti. Dan kita juga jgnlah memandang rendah dgn kebolehan warga emas.. Sesungguhnya mereka sudah lama merasa asam garam didunia ini walaupun mereka tidak mendapat pendidikan sehingga ke peringkat yg lebih tinggi..




Aku sgt berterima kasih kepada opahku kerana memberi peluang kpdaku untuk membantunya di Pusat krftgn.. Aku telah diamanahkan oleh opahku untuk membuat demo kepada org ramai tentang cara-cara menekat benang emas.. Sememangnye lenguh bahu ku sehingga hari ini masih x hilang lagi.. Bayangkan bagaimana opahku menjahit tekat selama berpuluh-puluh tahun untuk pelanggan yg menempahnya..Sepanjang di pusat kraf aku telah betemu dgn pelbagai jenis org yg brminat dgn seni ini.. Dari warga tempatan hinggalah kepada pelancong asing seperti pelancong New Zealand, Rusia, England, Jepun dan sebagainya..






Haha.. Ada satu pengalaman dimana pelancong Jepun tersebut tidak boleh faham dan bertutur dalam bahasa Inggeris .. Saya cuba terangkan dalam bahasa inggeris tapi dia tetap x faham.. Akhirnya kami hanya mampu tersenyum.. hehe.. Sebab itulah ada org mengatakan 'English is a universal languange'.. Sememangnya amat penting untuk kita mempelajari bahasa Inggeris dan memperkasakan lagi bahasa Melayu kita agar ia tidak lapuk dtelan zaman..Terdapat juga orang asing dari England yg mampu bertutur dalam bahasa Melayu.. Aku sebenarnya amat berbangga menjadi anak Malaysia kerana kita mempunyai adat dan budaya kita sendiri.. Hampir semua pelancong aisng memuji budaya dan seni yang masih kita pertahankan ini..

Oleh itu, kita sebagai anak muda seharusnya tidak hanya memandang kepada perkara atau benda2 yg baru tetapi kita juga harus membawa seni tradisional kita ini agar tidak pupus dimamah usia..